Geografi Kutub_Utara

Kutub Selatan terletak di dalam wilayah Antartika yang merupakan kawasan darat tetapi tidak bagi Kutub Utara yang terletak di tengah-tengah Lautan Artik. Disebabkan itu, sangat mustahil untuk membina stesen di sini kerana tiada kawasan darat yang tetap. Kedalaman laut di Kutub Utara ialah 4261 meter, yang telah diukur oleh kapal selam mini Russia pada tahun 2007[1] dan kedalaman sebanyak 4087 meter, diukur oleh kapal USS Nautilus pada tahun 1958[2][3].

Kawasan darat yang paling dekat dengan Kutub Utara ialah Pulau Kaffeklubben yang terletak di bahagian utara Greenland sejauh 700km manakala pulau yang tidak didiami manusia yang terletak paling hampir dengan Kutub Utara ialah Alert di dalam kawasan Qikiqtaaluk, Nunavut, Kanada, sejauh 817 km (508 mi) dari kutub.

Rujukan

WikiPedia: Kutub_Utara http://www.monolith.com.au/travel/polar_contro.htm... http://books.google.com/books?id=7rftTUAUXOIC&pg=P... http://uk.reuters.com/article/worldNews/idUKL02861... http://www.arctic.noaa.gov/essay_untersteiner2.htm... http://www.arctic.noaa.gov/essay_untersteiner3.htm... http://www.arctic.noaa.gov/faq.html http://www.arctic.noaa.gov/future/heat.html http://www.arctic.noaa.gov/gallery_np.html http://antarcticsun.usap.gov/features/contenthandl... http://www.arctic-council.org