Rumusan LG_Electronics

Menjelang tahun 2005, LG merupakan antara 100 jenama global paling utama, dan pada tahun 2006, LG mencatatkan pertumbuhan pasaran sebanyak 14%.[3] Kini sebagai pengeluar paparan plasma terbesar di dunia,[4] anak syarikatnya, LG Display, merupakan salah satu syarikat pengeluar paparan hablur cecair terbesar di dunia. Juga pada tahun 2006, bahagian telefon bimbitnya, LG Mobile, mengeluarkan telefon bimbit LG Chocolate, sekaligus mengubah imej syarikat yang dikenali sebagai pengeluar telefon bimbit 3G yang tebal. Ia kini memfokuskan terhadap reka bentuk dan pemasaran telefon bimbit seperti LG Shine, LG Glimmer dan LG Prada (KE850). Hasilnya, syarikat dipilih sebagai "Pasukan Perekabentuk Terbaik Tahunan" oleh Anugerah Rekabentuk Red Dotpada tahun 2006~2007 serta sering digelar sebagai "Apple Baru" dalam industri ini serta di kalangan komuniti dalam talian.

Pada tahun 2006, untung bersih syarikat adalah sejumlah AS$226 juta, dengan jumlah pulangan AS$24.7 bilion.