LK-99
LK-99

LK-99

LK-99 ialah sebuah bahan yang didakwa sebagai superkonduktor suhu bilik dengan penampilan kelabu kehitaman.[2] Bahan ini mempunyai struktur heksagon yang sedikit diubah suai daripada campuran plumbum dan apatit dengan memasukkan sejumlah kecil kuprum. Bahan itu pertama kali ditemui dan dihasilkan oleh sepasukan penyelidik, termasuk Sukbae Lee (이석배code: ko is deprecated ), dan Ji-Hoon Kim (김지훈code: ko is deprecated ) daripada Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST).[2] Pasukan itu mendakwa bahan ini berfungsi sebagai superkonduktor pada tekanan persekitaran, dan di bawah 400 K (127 °C; 260 °F).[3][2]Setakat 29 Julai 2023[kemas kini], keupayaan superkonduktor bahan itu masih belum disahihkan. Sintesis LK-99 dan pemerhatian sifat tersebut masih belum dinilai bersama atau direplikasikan secara bebas.[4] Pengumuman dakwaan tersebut tular dalam dunia saintifik dan maklum balas yang diberi secara umum mencurigai dakwaan luar biasa tersebut.[5] Pasukan luar sedang mengulangi uji kaji asal, dengan keputusannya dijangka keluar pada Ogos berikutan cara penghasilannya yang mudah.[5]Kajian awal yang mengumumkan penemuan itu telah dimuat naik ke arXiv. Lee mendakwa bahawa kertas pracetakan yang dimuat naik adalah tidak lengkap,[6] manakala pengarang bersama Hyun-Tak Kim (김현탁code: ko is deprecated ) menyatakan bahawa salah satu kertas itu mengandungi kesalahan.

Rujukan

WikiPedia: LK-99 https://www.wolframalpha.com/input?i=2514.2+AMU+/(... http://arxiv.org/abs/2307.12008 http://journal.kci.go.kr/jkcgct/archive/articleVie... https://www.eenewseurope.com/en/race-is-on-for-roo... https://web.archive.org/web/20230726101041/https:/... https://www.scientificamerican.com/article/viral-n... https://web.archive.org/web/20230727210945/https:/... https://www.yna.co.kr/view/AKR20230728146700017 https://web.archive.org/web/20230728124520/https:/... http://arxiv.org/abs/2307.12037