LZ_129_Hindenburg
LZ_129_Hindenburg

LZ_129_Hindenburg

LZ 129 Hindenburg (Luftschiff Zeppelin #129; Nombor pendaftaran: D-LZ 129) merupakan kapal udara tegar besar yang membawa penumpang milik Jerman. Ia merupakan mesin terbang yang terpanjang dan kapal udara terbesar berdasarkan isipadu aerostat. Hindenburg telah direka dan dibina oleh Syarikat Zeppelin (Luftschiffbau Zeppelin GmbH) di pesisir Tasik Constance di Friedrichshafen dan telah dikendalikan oleh Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Zeppelin Jerman (Deutsche Zeppelin-Reederei). Penerbagan sulung kapal udara ini adalah pada Mac 1936 sehingga 6 Mei 1937 (14 bulan kemudian), apabila ia telah dimusnahkan oleh kebakaran. Hindenburg musnah pada hujung penerbangan rentas Antlantik ke Amerika Utara pertama dalam musim kedua perkhidmatannya. 36 orang mati dalam kemalangan itu, yang berlaku di Stesen Udara Tentera Laut Lakehurst di Manchester Township, New Jersey.Hindenburg dinamakan bersempena nama Paul von Hindenburg (1847 - 1934), Presiden Jerman.