La_Marseillaise
La_Marseillaise

La_Marseillaise

La Marseillaise adalah lagu kebangsaan Perancis. Dicipta oleh Rouget de Lisle pada 1792 untuk tentera Rhin berikutan pengisytiharan perang oleh Perancis atas Austria, liriknya merangkumi secara ringkasnya seruan untuk keluar berperang menentang « hordes ennemies » atau dalam bahasa Melayu gerombolan musuh, untuk kemenangan dan keselamatan Tanah Air. Lagu ini telah diisytiharkan sebagai lagu kebangsaan Perancis pada 14 Julai 1795.