Sejarah Labis

Labis, kini Bandar Labis bermula dari sebuah kampung kecil di mana nama asalnya ialah Kampung Paya Merah. Nama Labis pula diambil dari sejenis rumput yang menjadi makanan kegemaran Labi-labi. Pada awal abad ke-20, Pegawai British telah datang meninjau di kampung ini bagi mencari tempat baru untuk dibangunkan dalam daerah Segamat.

Pegawai British tersebut terkejut apabila ternampak banyak labi-labi kerana beliau tidak pernah melihat haiwan itu sebelum ini. Pegawai tersebut bertanya kepada penduduk kampung apakah haiwan itu dan penduduk kampung menjawab "Labi-labi, tuan". Oleh kerana pegawai tersebut tidak pernah mendengar nama haiwan ini, maka beliau berkata "Labis". bermaksud banyak labi-labi. Selepas daripada peristiwa itu, Pegawai British tersebut menamakan tempat ini sebagai Labis dengan rasminya.

FELDA

  • FELDA Tenang
  • FELDA Chemplak
  • Felda Chempelak Barat
  • Felda Bukit Kepong
  • Felda Redong 1

Taman Perumahan

  • Taman Sejati
  • Taman Mewah
  • Taman Orkid baru
  • Taman Pelangi
  • Taman Gunung Emas
  • Taman Seri Emas
  • Taman Bintang Jaya
  • Kampung Paya Merah
  • Taman Berjaya
  • Taman Wawasan
  • Kampung Sungai Gatom
  • Taman Suria

Pekan Berdekatan