Labuk_Sugut

Labuk Sugut merupakan satu kawasan parlimen yang telah bertukar nama kepada Parlimen Jambongan pada Pilihanraya Umum Malaysia 1986 dan kini kepada Parlimen Beluran. Beluran merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Ia terletak kira-kira 88 kilometer dari bandar Sandakan. Telupid yang merupakan sebuah daerah kecil bagi Beluran, terletak kira-kira 100 kilometer dari pekan Beluran. Daerah ini mempunyai sebuah kawasan Parlimen (Parlimen Beluran) dan dua kawasan DUN, iaitu Labuk dan Sugut.