Penerbitan Lagenda_Budak_Setan_3:_Kasyah

Mengulangi kejayaan dua filem terdahulu, pengarah Sharad Sharan telah memberikan yang terbaik untuk siri terakhir karya yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah.[4] Menurut Sharad, beliau bertuah kerana mendapat kerjasama baik daripada Ahadiat yang turut bertindak sebagai lakon layar dan penulis skrip bagi memastikan semua plot penting dalam ‘Kasyah’ dapat dimasukkan ke dalam versi filem sambil mengakui sesuatu yang mustahil untuk memasukkan semua plot dan sub-plot dalam karya tersebut dan berharap apa yang ditonjolkan dapat memuaskan hati penonton.[4] Bagi Ahadiat, beliau berpuas hati dengan hasil kerja Sharad kerana berjaya menterjemahkan ceritanya dengan baik di layar perak.[4] Beliau turut memuji watak lakonan Farid Kamil sebagai Kasyah yang disifatkan sebagai berjaya menghidupkan watak berkenaan seperti mana dibayangkan ketika menulis novel itu pada tahun 1985.[4]