Musim Lagu_Cinta_Kita

Musim 1 (2019–2020)

Musim 2 (2020–2021)

Musim kedua rancangan ini disiarkan darim8 November 2020 hingga 3 Januari 2021, dihoskan oleh Elly Mazlein bersama pasangan hos iaitu Azwan Ali. Hael Husaini kekal sebagai juri tetap bersama Mas Idayu. Mereka berdua akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod.

Musim kedua juga menampilkan selebriti popular yang berlainan pada setiap episod. Elly menggalas tugas sebagai panelis cinta untuk memberi komen tentang keserasian dan berkongsi kisah cinta romantis sendiri dengan pasangan berduet. Lebih menarik lagi, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular tanah air sepanjang siaran lapan episod ini. Khareez Kasbullah dan Nadeera Zaini telah dinobatkan sebagai juara.