Lagu_Ciplak

Juga sering digelar " lagu plagiat " diambil dari perkataan inggeris ' plagiarism '. Lazimnya lagu ciplak ini diambil tidak secara 100% menyerupai karya asal seseorang komposer,pemuzik itu berbeza maksud dengan lagu saduran. Ada yang sekadar mengambil bahagian-bahagian tertentu dalam lagu yang sudah lengkap untuk dijadikan inspirasi/sampling sebelum seseorang itu memperolehi ilham untuk menghasilkan karyanya sendiri.Tetapi lagu ciplak ini sering mengundang kontroversi kerana apabila terbongkar berita sesuatu karya itu diciplak dari pemilik asal biasanya reputasi seseorang artis itu akan jatuh dan kes turun naik mahkamah akan berlangsung kerana pengkarya asal tidak mendapat sebarang keuntungan, kerana hak royalti dibolot sendiri oleh penyanyi dan komposer. Untuk mengatasi masalah ini 2 pihak biasanya berunding diluar mahkamah, hak pembahagaian royalti lagu diagihkan kepada 2 pihak atau produser, komposer,penyanyi membeli terus lagu itu dari pemilik asal. Paling kontroversi sudah tentu lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku didakwa diciplak dari lagu Memula Moon. Bagaimanapun, ternyata kemudian terbukti bahawa ia diadaptasi menjadi lagu negeri Perak Darul Ridzuan bertajuk Allah Lanjutkan Usia Sultan yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh baginda Raja Abdullah pulang setelah hidup dalam buangan British di Seychelles. Kerana baginda begitu menyukai senikata lagu itu yang asalnya dinyanyikan dalam bahasa Perancis. Lagu Kebesaran Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Ketika itu, Raja Muda Raja Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan.Selepas dimainkan pada hari kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888, Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah telah memperkenalkan lagu tersebut yang kemudiannya diperkenankan sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak sekitar 1888. Ia telah tamat hakciptanya ketika diadaptasi sebagai lagu Negaraku.[1] Ia kemudiannya dinyanyikan ke dalam bahasa Indonesia, Terang Bulan..Di Malaysia, semasa era 90an di mana dangdut sedang melanda industri muzik Malaysia dikejutkan apabila filem Mann lakonan Aamir Khan menggunakan lagu Tinak TIn Taanaa didapati bersalah kerana menggunakan lagu Iwan - Yang Sedang Sedang Saja. Kes ini dibawa ke mahkamah dan menggemparkan industri seni negara pada ketika itu apabila Iwann akhirnya menang rm1 juta kes itu[2]. Antara lagu-lagu lain yang dikaitkan dengan plagiat ialah Walaupun tidak 100% sama seperti lagu asal. Ada bahagian tertentu pada lagu ini yang mirip dengan lagu asal seperti bahagian intro.