Lagu_kebangsaan_Republik_Islam_Afghanistan

"Lagu Kebangsaan Afghan" (Bahasa Pashto: ملی سرود‎‎, translit. Millī Surūd) ialah lagu kebangsaan Republik Islam Afghanistan dari 2006 hingga 2021. Liriknya ditulis oleh Abdul Bari Jahani dan muziknya ditulis oleh komposer Jerman-Afghanistan Babrak Wassa [de].[1] Ia telah digantikan dengan "Inilah Rumah Para Pemberani" selepas pengambilalihan Taliban pada 2021.