Laika Siberia Barat
Laika Siberia Barat

Laika Siberia Barat

Laika Siberia Barat ([западносибирская лайка, zapadnosibirskaja lajka] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); [West Siberian laika, WSL] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah satu baka anjing pemburu. Terbitan Rusia menyatakan bahawa istilah laika Siberia Barat digunakan dengan tidak ketat kepada anjing pemburu yang berasal dengan orang-orang Mansi dan Khanty di Ural dan di Siberia Barat, tetapi tiada piawaian atau pendaftaran baka ini sehingga 1930. Kemudian Perang Dunia II mengganggunya buat sementara, tetapi pembiakbakaan sistematik dengan pendaftaran bersambung selepas peperangan berakhir, pada 1946. Ini merupakan masa buat baka ini mula memperoleh kemodenannya. Sebelum itu pemburu hanya mengetahui laika Mansi dan laika Khanty. Pada awal 1960 ramai pemburu di Ural masih menggunakan istilah laika Mansi, apabila memperkatakan laika Siberia Barat.[1] Dalam bahasa Rusia, istilah laika berasal daripada perkataan lajatʹ yang bererti menyalak. Perkataan laika hanya bererti penyalak atau anjing yang menyalak. Mana-mana laika pemburu ialah anjing penuding penyalak (menuding haiwan tujuan dengan menyalak dan menunggu dengan haiwan tersebut[2]). Ia merupakan baka anjing serba guna bergantung pada kegunaan dan persekitaran, tetapi di sesetengah bahagian negara itu ia menjadi lebih khusus.[3]

Laika Siberia Barat

Pengelasan dan piawaianFCI
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 5 Seksyen 2 #306(Piawaian)
FCI Kumpulan 5 Seksyen 2 #306
Negara asal Rusia