Pemilihan Laika

Laika merupakan seekor anjing liar yang berkeliaran di jalan-jalan Moskwa. Para sainitis Soviet memilih haiwan jalanan Moskwa kerana mereka menganggap bahawa haiwan tersebut telah belajar untuk bertahan pada kondisi dingin yang ekstrem dan kelaparan.[1] Spesimen ini sejenis anjing bastar betina dengan berat sebelas paun[2] dan berumur sekitar tiga tahun. Sumber lain melaporkan bahawa beratnya sekitar 6 kg (13 lb).

Seberapa kakitangan Soviet memberi beberapa nama dan julukan kepada ia, antaranya Kudryavka (Si Ikal Kecil), Zhuchka (Binatang Kecil), dan Limonchik (Lemon Kecil). Laika, sebuah nama Rusia untuk beberapa baka anjing mirip dengan anjing Eskimo, adalah nama yang dipopulerkan di seluruh dunia. Media Amerika pula menjolok ia Muttnik (mutt [anjing campuran] + akhiran -nik) sebagai plesetan Sputnik,[3] atau menyebutnya Curly.[4] Asal usul sebenar ia tidak diketahui, walaupun secara umum diakui bahawa ia kacukan anjing eskimo atau anjing Nordik lainnya, atau mungkin juga keturunan baka terrier.[1] Sebuah majalah yang melaporkan perkembangan kajian ini menggambarkan tabiat anjing tersebut bertemperamen apatis di mana ia dilihat tidak pernah bertengkar dengan anjing lain.[2]

Sebelum ini, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat telah mengirimkan haiwan hanya pada penerbangan suborbit.[5] Tiga anjing dilatih untuk penerbangan Sputnik II, iaitu: Albina, Mushka dan Laika.[6] Seorang saintis angkasa Soviet bernama Oleg Gazenko kemudian memilih dan melatih Laika.[7] Albina terbang dua kali pada ujian ketinggian roket, dan Mushka digunakan untuk menguji instrumentasi serta perangkat penunjang kehidupan.[8][5]

Rujukan

WikiPedia: Laika http://www.astronautix.com/craft/sputnik2.htm http://dogsinthenews.com/issues/0211/articles/0211... http://www.mentallandscape.com/S_Sputnik.htm http://www.msnbc.msn.com/id/24069819/ http://www.novareinna.com/bridge/laika.html http://www.nytimes.com/partners/aol/special/sputni... http://www.redorbit.com/news/space/115234/first_in... http://adsabs.harvard.edu/abs/2002iaf..confE.288M http://nssdc.gsfc.nasa.gov/database/MasterCatalog?... http://nssdc.gsfc.nasa.gov/nmc/spacecraftDisplay.d...