Menu
Lalu_Muhammad_Zohri KerjayaLalu Muhammad Zohri memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2018 yang berlangsung di Tampere, Finland pada 11 Julai 2018. Dengan catatan masa 10.18 saat, beliau menewaskan dua pelari Amerika Syarikat, Anthony Schwartz dan Eric Harrison.[4]
Pencapaian beliau merupakan sejarah baharu dalam sukan olahraga Indonesia. Sebelum ini, pencapaian terbaik atlet Indonesia pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia dalam acara larian 100 meter ialah menduduki tempat kelapan pada pusingan awal di tahun 1986.
Pada Sukan Asia 2018, beliau mara ke final tetapi menduduki tempat ke-7 dalam masa 10.20 saat dalam larian 100 m. Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakan berjaya memenangi pingat perak dalam acara 4×100 m.[5]
Pada Kejohanan Asia 2019, beliau memenangi pingat perak dengan catatan masa 10.13 saat yang diraihnya pada pusingan akhir. Catatan masa itu turut memecahkan rekod kebangsaan bagi acara larian 100 meter yang sebelum ini dipegang Suryo Agung Wibowo dengan catatan masa 10.17 saat.[6][7]
Beliau mewakili Indonesia dalam acara larian 100 meter di Sukan Olimpik Tokyo 2020, beliau tersingkir pada pusingan kelayakan.[8]
Menu
Lalu_Muhammad_Zohri KerjayaBerkaitan
Laluan Ampang dan Sri Petaling Laluan Putrajaya Laluan Kelana Jaya Laluan Kajang Laluan Pelabuhan Klang Laluan kereta api Pantai Timur Laluan Persekutuan Malaysia 1 Laluan Persekutuan Malaysia 5 Laluan kereta api Pantai Barat Laluan Shah AlamRujukan
WikiPedia: Lalu_Muhammad_Zohri http://www.tribunnews.com/internasional/2019/04/30... https://www.antaranews.com/berita/726133/lalu-muha... https://www.antaranews.com/berita/993422/zohri-kem... https://m.detik.com/sport/sport-lain/d-4314962/yan... https://sport.detik.com/sport-lain/4190342/lalu-m-... https://sport.detik.com/sport-lain/d-4520838/lalu-... https://www.kompas.com/sports/read/2021/07/31/1851... https://hot.liputan6.com/read/4539352/daftar-anak-... https://www.tribunnews.com/sport/2019/02/09/golden... https://en.asiangames2018.id/athletes/athlete/ZOHR...