Laluan_Kedua_Malaysia-Singapura

Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), E3 ialah sebuah rangkaian jambatan lebuh raya yang menghubungkan Johor, Malaysia dengan Singapura. Lebuh raya sepanjang 44 kilometer itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.