Laluan_Leloir
Laluan_Leloir

Laluan_Leloir

Laluan Leloir ialah laluan metabolisme bagi katabolisme (penguraian) D-galaktosa. Ia dinamakan sempena Luis Federico Leloir yang merupakan orang pertama yang menghuraikannya.[1][2][3][4]Pada langkah pertama, galaktosa mutarotase membantu pertukaran β-D-galaktosa menjadi α-D-galaktosa selaku bentuk aktif dalam laluan ini. Kemudian, α-D-galaktosa difosforilkan oleh galaktokinase menjadi galaktosa 1-fosfat. Langkah ketiga melibatkan D-galaktosa-1-fosfat uridililtransferase yang menukarkan galaktosa 1-fosfat menjadi UDP-galaktosa dengan UDP-glukosa selaku sumber uridina difosfat (UDP). Akhirnya, UDP-galaktosa 4-epimerase mengitar semula UDP-galaktosa menjadi UDP-glukosa bagi tindakan transferase. Di samping itu, fosfoglukomutase menukarkan D-glukosa 1-fosfat menjadi D-glukosa 6-fosfat yang boleh melalui laluan glikolisis.[6]