Keterangan Lampropeltis_triangulum

Ular susu tumbuh mencapai 20 hingga 60 inci (51 hingga 152 cm) panjangnya.[1] Ia mempunyai sisik yang licin dan berkilau, dan corak warna lazimnya merupakan jalur-jaluran yang berselang merah-hitam-kuning atau putih-hitam-merah.[1] Namun demikian, pada sesetengah populasi terdapat tompok-tompok merah sebagai ganti jalur.[1] Sesetengah ular susu amat mirip dengan ular karang yang berbisa dengan jalur-jalurnya yang berwarna merah, kuning dan hitam. Kemimikan ini (iaitu kemimikan Bates) mampu menakutkan pemangsa. Kedua-dua jenis ular dapat dibezakan dengan menghafaz bahawa ular susu berjalur merah berapit hitam, sementara ular karang pula berjalur merah berapit kuning.