Pembinaan Lampu_pendarfluor_padat

Lampu pendarfluor padat yang digunakan di luar bangunan.

Satu kemajuan teknikal yang terpenting ialah penggantian balast elektrik jenis peraruh (elektromagnetik) kepada balast elektronik; ia menghapuskan sebahagian besar masalah kelipan serta penghidupan yang lambat yang sering dikaitkan dengan lampu pendarfluor.

Terdapat dua jenis CFL: jenis bersepadu dan tidak bersepadu. Lampu bersepadu menggabungkan tiub, balast elektronik serta penyambung, sama ada jenis skru Edison ataupun jenis benet di dalam satu unit. Lampu sebegini membolehkan pengguna menggantikan mentol lampu pijar dengan CFL. CFL bersepadu boleh dipasang di kebanyakan pemasangan mentl lampu standard, mengurangkan kos penukaran ke lampu pendarfluor. Model khas jenis 3 hala serta jenis boleh dimalapkan dengan tapak biasa juga boleh didapati.

Lampu pendarfluor padat jenis tidak bersepadu dua pin.Balast elektronik tidak bersepadu untuk lampu pendarfluor padat.

CFL tidak bersepadu mempunyai balast yang dipasang secara kekal, dan hanya mentolnya sahaja yang ditukar semasa tamat jangka hayatnya. Memandangkan balast diletakkan di dalam perumah lampu, ia lebih besar serta tahan lebih lama daripada jenis bersepadu, serta tidak perlu ditukar semasa mentol lampu terbakar. Perumah CFL tidak bersepadu boleh jadi lebih mahal dan lebih rumit. Terdapat dua jenis tiub: tiub dua pin untuk balast konvensional, serta tiub empat pin yang direka untuk balast elektronik ataupun balast konvensional dengan penghidup luaran. Tiub dua pin mempunyai penghidup bersepadu yang memansuhkan keperluan untuk mempunyai pin pemanas tetapi ia tidak serasi dengan balast elektronik.

Komponen

CFL mempunyai dua komponen utama: tiub berisi gas serta balast magnetik atau elektronik. Untuk prinsip pengendaliannya, sila rujuk rencana Lampu pendarfluor.

Balast elektronik serta tiub kekal di dalam CFL bersepadu. Imej sinar X dari tiga sudut berbeza (0°, 45°, 90°) bagi mentol lampu pendarfluor padat IKEA yang sudah rosak. Filamen yang terbakar boleh dilihat pada imej sebelah kiri.

Balast elektronik mempunyai papan litar kecil yang mengandungi rektifier, kapasitor penapis dan selalunya dua transistor pensuisan yang disambungkan sebagai penyongsang DC siri resonans frekuensi tinggi ke AC. Frekuensi setinggi 40 kHz atau lebih dikenakan pata tiub lampu. Memandangkan penukar resonans cenderung menstabilkan arus (dan cahaya) lampu pada satu banjaran voltan masukan, CFL biasa boleh digunakan bersama-sama pemalap; lampu khas diperlukan bagi tujuan ini. CFL yang berkelip hanyalah dari jenis yang menggunakan balast magnetik; CFL dengan balast elektronik kini jauh lebih banyak digunakan.

Punca kuasa CFL

CFL dikeluarkan untuk kedua-dua penggunaan masukan arus ulang-alik (AC) dan arus terus (DC). CFL DC popular digunakan pada kenderaan rekreasi serta kawasan rumah yang jauh daripada talian elektrik. Terdapat pelbagai agensi bantuan yang mengambil inisiatif di negara membangun bagi menggantikan lampu minyak tanah (dengan bahaya kesihatan yang sering dikaitkan) dengan CFL DC (menggunakan bateri kereta serta panel suria atau penjana angin).[10]

CFL juga boleh digunakan pada lampu jalan berkuasa panel suria, menggunakan panel suria di bahagian atas tiang untuk mengecas bateri yang disambungkan pada lampu.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Lampu_pendarfluor_padat http://inventors.about.com/library/inventors/bl_fl... http://ecmweb.com/mag/electric_rf_lighting_tunes/ http://www.elightbulbs.com/customer_service_energy... http://groups.google.com/group/mobilfunk_newslette... http://www.maxlite.com/PDFs/FocusSheets/HighMax.pd... http://www.news.com/Father-of-the-compact-fluoresc... http://www.newsobserver.com/2010/09/10/672870/its-... http://www.nxp.com/acrobat_download/applicationnot... http://www.popularmechanics.com/home_journal/home_... http://www.snopes.com/medical/toxins/cfl.asp