Landasan_Berkembar_Elektrik_Ipoh-Padang_Besar

Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (PLBE) merupakan pembangunan landasan kereta api dari Ipoh ke Padang Besar di utara Semenanjung Malaysia. Ia melibatkan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tempoh diberi selama lima tahun mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.Ia sebahagian daripada pelan induk untuk memajukan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Reka bentuk keseluruhan dan kos melibatkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Projek itu dilaksanakan secara 'reka dan bina', dan skop kontrak meliputi perancangan, reka bentuk, pelaksanaan projek, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaran.Landasan sepanjang 329 km ini diberikan keoada MMC- Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. MMC- Gamuda JV mendapat projek setelah memenagi bidaan projek ini.[1] (MMC-Gamuda) berharga RM12.485 bilion bermula Januari 2008 hingga akhir 2013. MMC-Gamuda pula bekerjasama dengan Balfour Beatty Ansaldo Systems JV Sdn. Bhd. (BBA JV). Ketua Pegawai Eksekutif MMC Corp. Bhd. ialah Hasni Harun Dany . Pengarah Eksekutif Gamuda Bhd ialah Datuk Dr. Ir Ha Tiing Lai . Ketua Pegawai Eksekutif MMC Corp. Bhd.ialah Hasni Harun Dany . Pengarah BBA JV ialah Martin Soosay dan John Kirton . Pengarah Eksekutif MMC-Gamuda ialah Datuk Ir. Azmi Mat Nor.Kerja-kerja elektrifikasi dijalankan oleh Balfour Beatty Rail Sdn. Bhd, anak syarikat Balfour Beatty Group .Pemaju isyarat dan kawalan sistem pengangkutan ialah Ansaldo STS Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ansaldo STS Australia Pty Ltd. (Ansaldo Australia) .[2]Projek ini melibatkan 400 pelbagai kontrak kerja kepada 1,600 syarikat kontraktor dan menawarkan lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kerja-kerja ini melibatkan 120 kontrak di Pulau Pinang, 133 kontrak di Perak, 120 kontrak di Kedah dan 27 kontrak di Perlis. 90 % pekerja tempatan dan 10 % pekerja asing.[3] RM3 bilion digunakan untuk pembelian konkrit, bahan kuari, besi, peralatan dan mesin.

Berkaitan