Sinopsis Langit_Cinta

Aliff Zulkarnain (Keith Foo) merupakan seorang anak kepada Datuk Affendi (Datuk Jalaluddin Hassan), pemilik kepada sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur. Mereka mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, Langkawi denga bantuan nelayan, Budiman (Farid Kamil) untuk menghasut ahli kampung untuk menjual tanah mereka. Khadejah (Nur Fazura) pula menentang penjualan tersebut dek kerana hakikat rumahnya itu dibina oleh arwah bapanya. Aliff cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cuba mendekati ibu Khadejah, Mak Piah (Ogy Ahmad Daud). Bibit-bibit percintaan mulai mekar apabila Aliff melihat akan kepentingan rumah tersebut kepada Khadejah dan Mak Piah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Aliff nekad memperisterikan Khadejah. Bermula dari situ, kehidupan Aliff dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Rujukan

WikiPedia: Langit_Cinta http://www.astroawani.com/berita-hiburan/langit-ci... http://www.imdb.com/Title?Langit+Cinta/ http://www.malaysiandigest.com/hiburan/581276-lang... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Moss... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://instaonline.com.my/hujan-kerana-langit-cint... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/langit-cinta...