Langkap
Langkap

Langkap

Langkap merupakan sebuah pekan di negeri Perak, Malaysia, berhampiran dengan bandar Teluk Intan, Tapah, Bidor, Chikus, Chenderong Balai. Pekan Langkap merupakan pekan sebelah menyebelah jalan raya antara Tapah dan Teluk intan. Aktiviti ekonomi utama di sini ialah perniagaan dan sawah padi yang diusahakan pesawah dari kaum Orang Cina Malaysia dan Melayu. Hasil padi dari Langkap amat berjaya dan bermutu tinggi sebagaimana di Sekinchan, Selangor yang juga diusahakan oleh kaum Cina.Pada zaman darurat, terjadi pertempuran antara pengganas komunis dengan penduduk Melayu di jambatan Sungai Tunku berhampiran dengan Sungai Manik. Pengganas komunis tersebut dikatakan didatangkan dari kawasan Langkap. Pengganas komunis ini terdiri daripada kaum Cina yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan MPAJA. Selepas pertempuran dan didamaikan oleh pemimpin PKM seperti Abdullah CD, pengganas komunis ini kembali berundur ke kawasan Langkap, Chuicak dan Teluk Intan. Langkap dan Chuicak sinonim dengan penduduk Cina dan komunis kepada penduduk tempatan.

Berkaitan