Lapangan_Terbang_Srinagar
Lapangan_Terbang_Srinagar

Lapangan_Terbang_Srinagar

Lapangan Terbang Sheikh ul Alam ( Hindi : शेख़ उल आलम हवाई अड्डा, Urdu : شیخ الاسلام عالم ہوائی اڈے) turut dikenal sebagai Lapangan Terbang Srinagar ( Hindi : श्रीनगर हवाई अड्डा, Urdu : سری نگر کے ہوائی اڈے), merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Srinagar di negeri Jammu dan Kashmir , India ( IATA : SXR, ICAO : VISR).Ia telah diberi sempena nama tokoh besar Kashmir, Sheikh-ud-din Noorani Noor , yang dikenali sebagai Syeikh Kashmir-ul-Alam.Lapangan terbang ini mengalami renovasi besar-besaran, termasuk memperbaiki landasan utama , terminal untuk berlepas dan ketibaan, jambatan hawa dan kemudahan operasi yang lain, dan dirasmikan pada 14 Februari 2009 melalui penerbangan Air India dari Dubai . Pada musim Haji ramai penduduk pergi ke Jeddah melalui Srinagar.