Pengajaran Larangan_udara

Apabila menilai usaha-usaha larangan udara pada kurun ke-20, it is possible bagi mengenal pasti faktor-faktor yang memberi kesan pada kejayaannya.

  • Pertama, penguasaan udara adalah penting untuk larangan udara kerana ia membolehkan pengenalan terperinci dan membuat serangan ke atas bekalan dan pasukan musuh, risiko ke atas pesawat yang membuat serangan juga dapat dikurangkan.
  • Kedua, risikan berkenaan kedudukan, pergerakkan, bekalan dan tujuan pasukan musuh adalah sangat penting. Sebagai contoh, dalam kempen Afrika Utara semasa Perang Dunia II, sumber-sumber perisikan telah memberi gambaran jelas kepada Pihak Bersekutu berkenaan pengagihan Pihak Paksi di Mediterranean. Berlainan semasa di Vietnam, Amerika Syarikat memiliki pemahaman yang rendah berkenaan aktiviti-aktiviti Vietcong dan Vietnam Utara.
  • Ketiga, cuaca dan bentuk muka bumi akan memberi kesan besar pada kejayaan atau kegagalan sesuatu misi larangan udara. Satu factor yang disebut di sini adalah keupayaan untuk melaksanakan larangan udara pada waktu siang atau malam atau cuaca kurang baik; suatu keadaan yang mana dapat membantu menyembunyikan pergerakan pasukan dan bekalan tentera.
  • Ketiga, operasi larangan udara mesti berterusan. Sekiranya musuh diberi peluang untuk tempoh rehat, mereka akan menambah bekalan dan membuat stok penimbal, menjadikan usaha larangan udara tidak berkesan.
  • Kelima, para perancang udara mesti memiliki tujuan yang realistik. Adalah tidak mungkin untuk mengasingkan keseluruhan medan pertempuran sama sekali. Biasanya sesuatu akan dapat melepasinya, yang jumlahnya mungkin cukup untuk mengekalkan pasukan musuh. Sebagai contoh, walaupun sekiranya 95 peratus kesemua bekalan kepada Pasukan Paksi di Itali semasa Perang Dunia II berjaya dihentikan, masih terdapat bahan-bahan yang cukup telah dihantar kepada Pasukan Paksi bagi melaksanakan operasi pertahanan yang berkesan.
  • Faktor keenam berhubungkait dan mungkin merupakan yang terpenting: iaitu perhubungan simbiosis di antara pasukan udara dan darat dalam sesuatu kempen larangan udara yang berjaya. Seorang musuh yang tenang dan tidak bergerak menggunakan hanya sedikit sumber. Sebaliknya jika, pasukan musuh diserang dan diusir daripada kedudukan pertahanan mereka oleh pasukan darat tentera sekutu, pasukan musuh akan menggunakan lebih banyak sumber, terutama bahan api dan peluru, sementara itu mereka juga akan menampakkan diri kepada serangan udara.