Keterlarutan Larutan

Ion natrium terlarut oleh molekul-molekul air

Molekul komponen-komponen larutan berinteraksi secara langsung dalam keadaan tercampur. Dalam proses pelarutan, tarikan antara zarah komponen tulen terpecah dan digantikan dengan tarikan antara pelarut dengan bahan terlarut. Terutama jika pelarut dan bahan terlarut mempunyai kutub yang sama, akan terbentuk suatu struktur bahan pelarut mengelilingi bahan terlarut; hal ini memungkinkan interaksi antara bahan terlarut dan pelarut terus stabil.

Apabila komponen bahan terlarut ditambahkan terus-menerus ke dalam pelarut, pada suatu tahap komponen yang ditambahkan tidak akan dapat larut lagi. Misalnya, jika bahan terlarutnya berupa pepejal dan pelarutnya berupa cecair, pada suatu takat pepejal tersebut tidak dapat larut lagi dan terbentuklah mendapan. Jumlah bahan terlarut dalam larutan tersebut adalah maksimum, dan larutannya disebut sebagai larutan tepu. Titik tercapainya keadaan tepu larutan sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor, seperti suhu, tekanan, dan pencemaran. Secara umum, kelarutan suatu bahan (iaitu jumlah suatu bahan yang dapat terlarut dalam pelarut tertentu) sebanding terhadap suhu. Hal ini berlaku pada bahan pepejal, walaupun terdapat pengecualian. Kelarutan bahan cecair dalam bahan cecair lain secara umum kurang sensitif terhadap suhu daripada kelarutan pepejal atau gas dalam bahan cair. Kelarutan gas dalam air umumnya secara berkadaran songsang terhadap suhu.[3]