Laskar_Udara_Kanan

Laskar Udara Kanan (LUK) ialah satu pangkat dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Ia setaraf dengan Lans Koperal dalam Tentera Darat Malaysia dan setaraf Laskar Kelas I dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Askar/Laskar dalam Angkatan Tentera Malaysia amnya. Sebagaimana dengan pangkat dalam TDM dan TLDM, ia adalah pangkat berdasarkan lantikan tidak seperti sebagaimana pangkat Koperal/ Laskar Kanan/ Koperal Udara keatas. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, Laskar Udara Kanan juga dikenali sebagai Ahli Udara/Satria. Laskar Udara Kanan ialah satu pangkat berbentuk lantikan dalam perkhidmatan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Tarafnya di antara Laskar Udara I dan Koperal Udara. Ia setaraf dengan Koperal dalam Tentera Darat Malaysia dan Laskar Kanan dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia. Gred Gaji bermula Z 2 (20) RM 1788.00 dan Maksimum RM 4221.00[1]