Laut_Salish
Laut_Salish

Laut_Salish

Laut Salish terdiri daripada pesisir perairan yang dikelilingi Pulau Vancouver dan Puget Sound antara Kanada dan Amerika Syarikat. Bahagian perairannya yang terbesar adalah Selat Geogia, Selat Juan de Fuca, dan Puget Sound serta menghampiri Desolation Sound di hujung utara Selat Georgia hingga ke Budd Inlet di selatan Puget Sound. Bahagian utara Laut Salish ialah wilayah British Columbia (BC) milik Kanada , sementara selatannya pula adalah wilayah washington milik Amerika Syarikat. Bahagian pedalaman perairan Laut Salish dipisahkan dari Lautan Pasifik oleh Pulau Vancouver dan Semenanjung Olimpik. Ia terlindung daripada badai Lautan Pasifik. Akibatnya, para pendatang Eropah membentuk bandar-bandar pelabuhan Seattle, Vancouver, dan Victoria.Nama Laut Salish diiktiraf secara rasmi di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia diluluskan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2009 dan Kanada pada tahun 2010.Koordinat: 48°21′N 123°11′W / 48.350°N 123.183°W / 48.350; -123.183