Le_Chat_Noir
Le_Chat_Noir

Le_Chat_Noir

Le Chat Noir (Sebutan bahasa Perancis: [lə ʃa nwaʁ]; Perancis untuk "Kucing Hitam") merupakan sebuah hiburan yang dibina pada abad ke-19, di daerah bohemian Montmartre di Paris. Ia telah dibuka pada 18 November 1881 di 84 Boulevard de Rochechouart oleh impresario Rodolphe Salis, dan ditutup pada tahun 1897 tidak lama selepas kematian Salis.Le Chat Noir dianggap sebagai kabaret moden yang pertama:[1] sebuah kelab malam di mana para pengunjung duduk di meja-meja dan meminum minuman beralkohol sementara dihiburkan dengan pelbagai persembahan di atas pentas. Aksi-aksi ini diperkenalkan oleh seorang pengacara majlis yang akan berinteraksi dengan pengunjung.Mungkin yang paling dikenali kini adalah poster seni Théophile Steinlen yang ikonik. Dari tahun 1892 sehingga 1895, ia menerbitkan sebuah majalah minggu dengan judul yang sama yang menampilkan penulisan sastera, berita dari kabaret dan Montmartre, sajak dan satira politik.[2]