Perabot Le_Corbusier

Le Corbusier memulakan uji kaji reka bentuk perabot pada tahun 1928 selepas menjemput arkitek Charlotte Perriand untuk menyertai studionya. Pierre Jeanneret, saudara sepupunya, juga membantu dalam banyak reka bentuknya. Sebelum ketibaan Perriand, Le Corbusier bergantung kepada perabot-perabot siap cipta, seperti perabot mudah yang dikilangkan oleh Thonet, untuk melengkapi projek-projeknya.

Pada tahun 1928, Le Corbusier dan Perriand memulakan penghasilan jangkaan perabot Le Corbusier sebagaimana yang digariskan dalam buku L'Art Décoratif d'aujourd'hui yang diterbitkan pada tahun 1925. Dalam buku ini, beliau mentakrifkan tiga jenis perabot yang berbeza: keperluan jenis, perabot jenis, dan objek anggota manusia. Beliau mentakrifkan "objek anggota manusia" sebagai "tambahan untuk tangan dan kaki kita yang disesuaikan untuk fungsi-fungsi manusia. Keperluan jenis, fungsi jenis, oleh itu, objek jenis dan perabot jenis. Objek anggota manusia ialah pembantu menurut kata. Seorang pembantu yang baik adalah seorang yang berhati-hati dan tidak suka menonjolkan diri supaya dapat membebaskan tuannya. Tentu sahaja, karya-karya seni ialah alat-alat, alat-alat yang cantik. Hidup lama pilihan baik yang ditunjukkan oleh pilihan, ketakketaraan, keseimbangan dan keharmonian".

Hasil-hasil pertama untuk kerjasama itu ialah kerusi-kerusi tiub keluli bersadur krom yang direka bentuk untuk dua projeknya, Rumah Maison La Roche di Paris, serta sebuah astaka untuk Gereja Henry dan Barbara. Barisan perabotnya diperluaskan pada tahun 1929 untuk Pelengkapan untuk Rumah yang merupakan pemasangan untuk Salon d'Automne.

Pada tahun 1964, ketika Le Corbusier masih hidup, Cassina S.p.A. dari Milan memperoleh hak sejagat yang eksklusif untuk mengilang reka-bentuk perabotnya. Pada hari ini, banyak perabot tiruan telah dihasilkan, tetapi Cassina masih merupakan pengilang tunggal yang disahkan oleh Fondation Le Corbusier.