Sejarah Lebuhraya_Bertingkat_Damansara–Shah_Alam

Persimpangan Surian.

Pembangunan yang semakin meningkat di sekitar Shah Alam dan Jalan Batu Arang (Persiaran Mokhtar Dahari) menyebabkan kemudahan jalan raya yang besar amat diperlukan. Hal ini demikian, syarikat Prolintas mencadangkan supaya lebuh raya itu dibina bagi memenuhi keperluan tersebut. Ia bukan sahaja menjadi laluan alternatif untuk Persiaran Surian di Kota Damansara dan ke Lapangan Terbang Subang, tetapi juga bertindak sebagai penghubung antara timur dan barat Lembah Klang, sekali gus melintasi Lebuhraya Baru Lembah Klang, dan menghubungkan lebuh raya dan jalan raya sedia ada seperti yang Lebuhraya Koridor Guthrie, Jalan Sungai Buloh, Jalan Lapangan Terbang Subang, Persiaran Surian, Persiaran Kenanga, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).[3][4] Di samping itu, lebuh raya itu akan menyelesaikan kesesakan ke laluan sedia ada akibat pembangunan di tanah Institut Penyelidikan Getah Malaysia di kawasan itu. Projek itu diperuntukkan RM4.2 juta dalam Bajet 2015.[5]