Lebuhraya_Seremban-Port_Dickson

Lebuhraya Seremban-Port Dickson, SPDH, merupakan sebuah lebuh raya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia dibina bagi memendekkan jarak perjalanan dari Seremban ke Port Dickson serta bertindak sebagai laluan alternatif kepada Laluan Persekutuan yang mempunyai banyak selekoh tajam di sepanjang laluan. Lebuh raya sepanjang 23 km ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1997 manakala syarikat konsesi asal adalah Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) Sdn Bhd (anak syarikat Melewar Corporation Berhad) sebelum diambil alih oleh PLUS Expressways Berhad.Bayaran tol hanya dikenakan sekali sahaja, sama ada di Plaza Tol Mambau ataupun di Plaza Tol Lukut.