Gelaran Lee_Kim_Sai

Lee Kim Sai pernah dianugerahkan gelaran Datuk, namun pada 23 Oktober 1987, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menarik balik gelaran tersebut kerana beliau terlibat dalam isu menaikkan sentimen perkauman, menyinggung perasaan orang Melayu dan Raja sehingga kerajaan melancarkan Operasi Lalang pada 1987. Pemimpin muda UMNO ketika itu mendesak gelaran datuk ditarik balik kerana menyatakan orang Melayu juga pendatang. Namun selepas itu beliau masih dijemput ke istana sama ada majlis rasmi atau majlis tertutup dan kemudian dianugerahkan semula gelaran Datuk.[2]

Pada 2000 pula, Lee Kim Sai telah menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.[3]