Leftenan_Kolonel_(Amerika_Syarikat)
Leftenan_Kolonel_(Amerika_Syarikat)

Leftenan_Kolonel_(Amerika_Syarikat)


Shoulder board Leftenan KolonelDi dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Kor Marin, Tentera Udara dan Tentera Angkasa, Leftenan Kolonel adalah pangkat pegawai kanan medan, berada di atas pangkat mejar dan hanya di bawah pangkat kolonel. Ia setaraf dengan pangkat tentera laut komander dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.Gred gaji bagi lieutenant colonel ialah O-5. Di dalam angkatan tentera AS, tanda pangkat Lt Kol ialah berupa daun oak perak, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat dan Tentera Udara serta Tentera Laut dan Kor Marin.Kenaikkan pangkat ke lieutenant colonel dikawal oleh polisi Jabatan Pertahanan yang diperoleh dari Defense Officer Personnel Management Act (DOPMA) tahun 1980, untuk pegawai dalam Komponen Aktif, dan Reserve Officer Personnel Management Act (ROPMA), untuk pegawai dalam Komponen Simpanan (cth, Simpanan dan Pengawal Kebangsaan). Garis panduan DOPMA mencadangkan bahawa 70 peratus major dinaikkan pangkat ke lieutenant colonel selepas berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun pada pangkat mereka sekarang dan selepas 15–17 tahun perkhidmatan bertauliah terkumpul.