Pegawai_kanan

Pegawai kanan (senior officer) ialah sekumpulan pegawai tinggi dalam tentera atau perkhidmatan beruniform yang lain. Dalam organisasi ketenteraan, istilah itu boleh merujuk kepada mana-mana pegawai atasan kumpulan pegawai muda, tetapi biasanya merujuk secara khusus kepada kumpulan pertengahan pegawai bertauliah yang berada di atas kumpulan pegawai muda tetapi dibawah pegawai berbendera, pegawai jeneral atau pegawai udara.[1] Di kebanyakan negara, ia termasuk pangkat Leftenan Komander/Mejar/Ketua Skuadron, Komander/Leftenan Kolonel/Wing Komander dan Kepten/Kolonel/Grup Kapten, atau setaraf dengannya. Di sesetengah negara, ia juga merangkumi Brigedier dan Komodor.Kadangkala, terutamanya dalam tentera darat, kumpulan ini dirujuk sebagai kumpulan pegawai medan, pegawai medan atau pegawai tinggi medan. Dari segi sejarah, pegawai medan sesebuah rejimen atau batalion membentuk elemen pemerintahannya.