Kepten

Kepten ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia ialah pegawai kanan yang paling kanan (senior) dalam perkhidmatan itu. Dalam Angkatan Tentera Malaysia Kepten setaraf dengan Kolonel Tentera Darat dan Kolonel TUDM. Justeru itu, Kepten lebih kanan dari Kapten Tentera Darat dan Kapten TUDM. Walaupun istilah Kepten dan Kapten diambil dari Captain bahasa Inggeris, tetapi dalam ATM lazimnya, diadakan perbezaan ejaan untuk membezakan kedua-dua pangkat itu. Kepten lebih kanan dari Komander tetapi lebih muda dari Laksamana Pertama. Pangkat Kepten juga setara dengan Captain dalam tentera-tentera laut negara lain.Di dalam TLDM, seseorang kepten biasanya ditugaskan menjadi pegawai memerintah kapal-kapal utama armada, seperti frigat dan pengkalan-pengkalan di darat. Oleh kerana ketiadaan pangkat Komodor, seorang kapten yang paling kanan biasanya dilantik sebagai Pegawai Kanan Armada, menjalankan fungsi dan tugas seorang komodor.