Leftenan_Kolonel_(United_Kingdom)

KolonelMejarLeftenan Kolonel (Lieutenant Colonel) ialah sejenis pangkat kanan Tentera Darat British dan Marin Diraja yang juga banyak di gunakan di negara-negara Komanwel. Pangkat ini lebih tinggi dari mejar, dan berada dibawah kolonel.[1] Pangkat Royal Navy yang setanding ialah komander, manakala bagi Royal Air Force dan banyak tentera udara Komanwel adalah wing komander.Tanda pangkat bahu bagi Tentera Darat British dan Marin Diraja, serta banyak negara Komanwel, ialah satu mahkota di atas satu bintang "Bath" berbucu empat, juga dipanggil sebagai "paku". Mahkota itu berbeza-beza pada masa lalu dengan raja yang berlainan; yang terkini ialah Mahkota Tudor. Kebanyakan negara Komanwel menggunakan insignia yang sama, atau lambang negara menggantikan mahkota.[2] Lencana bahu atau epaulet bagi Marin Diraja (Royal Marines atau RM) adalah sama dengan kepunyaan Tentera Darat cuma ditambah dengan singkatan RM.Didalam Angkatan Tentera British moden, komander utama sesebuah rejimen atau batalion ialah lieutenant colonel.Dari 1 April 1918 hingga 31 Julai 1919, Royal Air Force mengekalkan pangkat lieutenant colonel. Ia digantikan oleh pangkat wing komander pada hari berikutnya.