Legenda_XV_XX
Legenda_XV_XX

Legenda_XV_XX

Legenda XV XX merupakan album kompilasi oleh Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 2006. Album yang diterbitkan di bawah syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. ini menampilkan 10 rakaman semula lagu-lagu daripada album Legenda dan tambahan dua lagu baharu iaitu Malam Ku Bermimpi, dan Kisah Rumahtangga. Untuk lagu Kisah Rumahtangga, beliau telah berduet bersama anak sulungnya, Kayda Aziz.[1] Pada tahun 2014, pihak Universal Music Sdn. Bhd. telah mengeluarkan semula album ini dengan bentuk yang lebih kompak berbanding yang asal.[2]