Lemak_politaktepu
Lemak_politaktepu

Lemak_politaktepu

Lemak politaktepu merupakan lemak yang terdiri daripada rantaian hidrokarbon yang memiliki dua atau lebih ikatan kembar (double bond) karbon–karbon☃☃☃☃ Lemak politaktepu selalu ditemui dalam kekeras, benih, ikan, minyak benih dantiram.☃☃ "Tak tepu" bermaksud bahawa molekulnya mengandungamaun hidrogen yang i kurandaripada maksimum (jika tiada ikatan kembar). Bahan-bahan ini wujud dalam bentuk isomer cis atau trans sejajar dengan geometri ikatan kembar.Kedudukan ikatan kembar karbon-karbon dalam rantaian asid karboksilik ditandakan dengan huruf Yunani.☃☃ Atom karbon yang paling dekat dengan kumpulan karboksil ialah karbon alpha, diikuti karbon beta dan selanjutnya. Dalam asid lemak, atom karbon dari kumpulan metil di hujung rantaian hidrokarbon dipanggil karbon omega kerana omega ialah huruf terakhir abjad Yunani. Asid lemak omega-3 mempunyai ikatan kembar yang bezanya tiga karbon dari karbon metil, sementara asid lemak omega-6 mempunyai ikatan kembar yang bezanya enam karbon dari karbon metil.