Lembaga_pengarah
Lembaga_pengarah

Lembaga_pengarah

Lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota yang dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah syarikat atau pertubuhan. Badan ini kadangkala mempunyai nama yang lain seperti lembaga pemegang amanah, lembaga gabenor, lembaga pengurus, atau lembaga eksekutif. Bagaimanapun, ia sering dirujuk secara mudah sebagai "lembaga".Kegiatan lembaga ditentukan oleh kuasa, kewajipan, dan tanggungjawab yang ditugasinya atau diberikannya oleh pihak berkuasa di luar bidang kuasanya. Perkara ini biasanya diperincikan dalam undang-undang kecil pertubuhan. Undang-undang itu biasa juga menetapkan bilangan anggota lembaga, bagaimana mereka dipilih, serta juga bila mereka perlu bermesyuarat.Di dalam sesebuah pertubuhan yang mempunyai anggota pengundi, misalnya sebuah persatuan profesional, lembaganya bertindak bagi pihak perhimpunan agung pertubuhan dan dikuasainya. Perhimpunan tersebut biasanya memilih anggota lembaga. Di dalam perbadanan saham pula, lembaga dipilih oleh pemegang saham dan merupakan pihak berkuasa tertinggi dalam pengurusannya. Sebaliknya, sebuah perbadanan bukan saham yang tidak mempunyai anggota pengundi am, misalnya sebuah universiti, lembaganya ialah badan pentadbiran yang tertinggi di dalam institusi.[1]