Kelas-kelas Lencana_Cedera

versi hitam 1918versi hitam 1939

Lencana ini terdapat tiga kelas: warna hitam (kelas 3, melambangkan Besi), bagi mereka yang tercedera sekali atau dua kali oleh serangan musuh (termasuk serangan udara), atau mengalami reput fros semasa bertugas; warna perak (kelas 2) bagi mereka yang tercedera tiga atau empat kali, atau mengalami kehilangan tangan, kaki atau mata daripada serangan musuh (juga kehilangan pendengaran sebelah), kecacatan muka atau kerosakan otak akibat serangan musuh; dan warna emas (kelas 1, yang boleh dianugerahi secara anumerta) bagi mereka yang tercedera lima kali atau lebih, buta kedua mata, "hilang kelelakian", atau kerosakan otak yang teruk akibat serangan musuh. Lencana ini diperbuat daripada besi, tembaga dan zink yang dicetak, dan juga beberapa logam murah yang dibuat secara persendirian. Mereka yang dari Perang Dunia I juga membuat paten dari gambar guntingan.

Kesemua versi Lencana Cedera hendaklah dipakai dibawah dada sebelah kiri uniform atau tunik. Lencana ini mesti dipakai sebelah kiri dibawah kesemua pingat yang lain. Di anggarkan lebih kurang 5 juta lencana telah dikurniakan semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, satu versi Lencana Cedera yang diubah telah dibenarkan untuk dipakai; bagaimanapun, jenis yang lama masih boleh dipakai jika lambang swastika dibuang (diasah).

Versi Perang Dunia II yang tidak berubah ditunjukkan pada ilustrasi sebelah kanan.

Lencana Cedera pada awalnya telah dibuat oleh kilang syiling Vienna dan oleh firma Klein & Quenzer. Pada mulanya, Lencana Cedera warna Hitam telah di cap dari kepingan tembaga, di cat separa hitam pusam dan mempunyai belakang kosong dengan pengancing pin jarum. Dari tahun 1942, besi telah digunakan untuk membuat lencana, yang menjadikan ia terdedah pada karat. Lencana Cedera warna Perak telah dibuat (sebelum tahun 1942) daripada tembaga bersalut perak dan (selepas tahun 1942) daripada zink yang di lakuer, dan mempunyai belakang penuh samada dengan pengancing pin jarum atau tiang pin lebar yang tipis. Lencana Cedera warna Emas adalah versi Lencana Cedera warna Perak yang disadur emas. Lencana Cedera telah dibuat oleh beberapa pengilang dan komen diatas menyatakan bahawa kilang syiling Vienna dan Klein & Quenzer merupakan pengilang utama adalah mengelirukan dan tidak benar.