Lencana_Juruterbang_Pemerhati
Lencana_Juruterbang_Pemerhati

Lencana_Juruterbang_Pemerhati

Lencana Juruterbang Peninjau (Bahasa Jerman: Flugzeugführer- und Beobachterabzeichen atau Pilot and Observer Badge) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman yang dizahirkan pada 19 Januari 1935 oleh Marsyal Empayar Hermann Goering bagi anggota perkhidmatan yang telahpun dikurniakan Lencana Juruterbang atau Lencana Peninjau. Ia mesti dipakai dibawah poket dada sebelah kiri uniform tentera, betul-betul dibawah Iron Cross Kelas 1 jika ada. Lencana tersebut pada mulanya dibuat dengan tembaga dan kemudian dengan zink. Lencana ini boleh dibezakan dengan Lencana Juruterbang menerusi kalungan daun emas manakala Lencana Juruterbang mempunyai kalungan daun perak.