Kelas Lencana_Perang_Kapal_Selam

Anugerah ini telah dikurniakan dalam dua kelas:

Lencana Perang U-Bot

Lencana Perang U-bot biasanya dikurniakan selepas dua rondaan perang. Beberapa orang komander yang sangat berjaya telah dianugerahkan lencana ini hanya selepas satu rondaan, seperti Rolf Thomsen diatas kapal selam U-1202.

Lencana Perang U-Bot berserta Berlian

Lencana Perang U-Bot berserta Berlian merupakan satu anugerah khas yang diberikan kepada para komander U-bot yang telahpun menerima Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak. Anugerah ini bukannya diberi berdasarkan merit tertentu dan bukan juga pingat perang yang rasmi, tetapi ia sebaliknya telah diberi sebagai satu tanda penghormatan tambahan kepada penerima darjah Daun Oak. Ia biasanya dianugerahkan selepas Knight Cross with Oak Leaves.

Ia telah dizahirkan pada tahun 1941 dan lencana tersebut mempunyai reka bentuk yang serupa dengan Lencana Perang U-bot. Dikeluarkan oleh firma Schwerin di Berlin, ia telah diperbuat daripada sepuhan perak dan terdapat sembilan batu berlian kecil yang ditanam atas lambang swastika. Lebih kurang 30 lencana telah dikurniakan dengan Karl Donitz sebagai salah seorang daripada penerimanya. Bagaimanapun, beliau secara uniknya memakai lencana versi khas yang mana kalungan daun laurel serta swastika ditanam dengan batu-batu berlian. Donitz juga memakai Lencana Perang U-Bot PD I bersama dengan lencana khas ini pada uniformnya.

Penerima-penerima Lencana Perang U-Bot bertahta Berlian

  1. Fregattenkapitän Albrecht Brandi
  2. Korvettenkapitän Heinrich Bleichrodt
  3. Korvettenkapitän Otto von Bülow
  4. Admiral Karl Donitz (gred khas)
  5. Korvettenkapitän Carl Emmermann pada 1 Oktober 1943
  6. Kapitanleutnant Engelbert Endrass pada 18 Julai 1941
  7. Kapitänleutnant Friedrich Guggenberger
  8. Korvettenkapitän Robert Gysae
  9. Korvettenkapitän Reinhard Hardegen pada 7 Mei 1942
  10. Kapitän zur See Werner Hartmann
  11. Korvettenkapitän Werner Henke
  12. Fregattenkapitän Otto Kretschmer
  13. Kapitänleutnant Hans-Günther Lange
  14. Korvettenkapitän Georg Lassen
  15. Fregattenkapitän Heinrich Lehmann-Willenbrock
  16. Fregattenkapitan Heinrich Liebe
  17. Kapitän zur See Wolfgang Lüth
  18. Korvettenkapitän Johann Mohr
  19. Kapitänleutnant Rolf Mützelburg
  20. Kapitän zur See Karl-Friedrich Merten pada 30 Januari 1943
  21. Korvettenkapitan Gunther Prien
  22. Kapitänleutnant Joachim Schepke
  23. Korvettenkapitän Adalbert Schnee
  24. Kapitän zur See Klaus Scholtz
  25. Kapitän zur See Viktor Schütze
  26. Korvettenkapitän Herbert Schultze pada 15 Julai 1941
  27. Fregattenkapitän Reinhard Suhren pada 31 Disember 1941
  28. Kapitänleutnant Rolf Thomsen
  29. Fregattenkapitän Erich Topp pada 11 April 1942

Berkaitan