Lencana_Serangan_Infantri
Lencana_Serangan_Infantri

Lencana_Serangan_Infantri

Lencana Serangan Infantri (Bahasa Jerman: Infanterie-Sturmabzeichen atau Infantry Assault Badge) adalah anugerah perang Jerman yang dikurniakan kepada askar-askar Waffen-SS dan Wehrmacht Heer semasa Perang Dunia II. Anugerah ini telah dizahirkan pada 20 Disember 1939 oleh Panglima Tentera Darat Jerman, Generalfeldmarschall Walther von Brauchitsch. Ia boleh dikurniakan kepada anggota unit infantri bukan motoris dan unit-unit Gebirgsjäger yang terlibat dalam serangan Infantri, dengan senjata Infantri ringan, sekurang-kurangnya tiga hari pertempuran di garisan depan bermula 1 Januari 1940. Apabila penyerangan balas membawa kepada pertempuran jarak dekat, ia juga boleh dikurniakan. Anugerah Infanterie Sturmabzeichen diluluskan pada peringkat pemerintahan rejimen atau lebih atas. Dua anugerah yang pertama telah diberikan kepada para pegawai dan lain-lain pangkat dalam satu majlis khas 28 Mei 1940, oleh Brauchitsch sendiri.[1][2]