Lensa_(anatomi)
Lensa_(anatomi)

Lensa_(anatomi)

Lensa merupakan struktur dwicembung lutsinar dalam mata yang bersama-sama kornea membiaskan cahaya untuk difokuskan pada retina. Dengan berubah-ubah bentuk, lensa berfungsi untuk mengubah jarak fokus mata supaya ia boleh bertumpu pada objek pada pelbagai jarak demi membolehkan pembentukan imej nyata objek sasaran yang jelas pada retina. Lensa ini lebih rata di bahagian anterior daripada bahagian posteriornya.