Kerjaya Leo_Moggie_Anak_Irok

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kapit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Borneo Berhad (1973); Pengurus Besar (1974) sebelum meletakkan jawatan untuk terlibat sepenuhnya dalam bidang politik.

Leo Moggie memegang jawatan sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak April 2004. Sebagai pengerusi TNB, beliau menerima pengiktirafan daripada Persatuan Tenaga Profesional Malaysia (MEPA) atas sumbangan meluas beliau kepada industri utiliti elektrik negara, yang menjangkau lebih empat dekad.[1]

Kontrak beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif TNB dilanjutkan selama setahun berkuat kuasa 12 Mac 2019 sehingga 11 Mac 2020.[2][3][4][5]

Rujukan

WikiPedia: Leo_Moggie_Anak_Irok http://www.boardroomlimited.com/irdigi/irdigi/OT09... http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/tnb-lanju... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... http://www.cto-ict.org/index.php?dir=02&sd=20 https://www.theedgemarkets.com/article/tnb-extend-... https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11... https://www.nst.com.my/business/2019/02/462422/tnb... https://www.thestar.com.my/business/business-news/... https://www.thestar.com.my/news/community/2007/12/...