Lepus_flavigularis
Lepus_flavigularis

Lepus_flavigularis

Arnab Jack Tehuantepec (Lepus flavigularis) mudah dibezakan dengan spesies arnab jack yang lain kerana mempunyai dua batang jalur hitam yang menggarisi pangkal telinga hingga tengkuk, serta rusuknya yang berwarna putih.[2] Bahagian bawahnya putih, bahagian atasnya perang muda bercampur hutam, pinggulnya kelabu, dan ekornya hitam. Arnab ini adalah antara arnab jack yang terbesar dan mempunyai telinga dan kaki yang besar. Yang dewasa mencapai berat sekitar 3500–4000 gram.