Letupan_lori_tangki_Kivu_2010
Letupan_lori_tangki_Kivu_2010

Letupan_lori_tangki_Kivu_2010

Letupan lori tangki Kivu 2010 berlaku pada 2 Julai 2010 di perkampungan Sange,Kivu, timur laut Republik Demokratik Congo berhampiran sempadan Congo - Burundi. Lori tangki membawa minyak petrol itu dari Tanzania. Lori tangki itu meletup selepas salah seorang penduduk merokok dan percikan api rokok mencetuskan letupan kuat ketika penduduk kampung berkerumun mencuri petrol dari kenderaan yang terbalik. Pemandu lori cuba memotong bas mini berhampiran kampung Sange, 20 batu di utara Uvira, dekat sempadan BurundiSeramai 230 mati dan 198 cedera akibat tubuh badan melepuh , kulit terseliat dan menggelembung.Antaranya ialah 36 wanita dan 61 kanak-kanak. Hospital terdekat tidak mempunyai kemudahan logistik yang mencukupi.