Punca Letupan_lori_tangki_Kivu_2010

Mende Omalanga selaku Menteri Pengangkutan Congo menyatakan ramai penduduk kampung terbunuh kerana hendak mencuri minyak dari kenderaan yang terbalik itu. Salah seorang dari mereka sedang merokok dan menyebabkan lori tangki penuh dengan minyak petrol terbakar dan meletup.

Pegawai polis tempatan menyatakan pemandu lori itu memandu laju . Sementara banyak rumah di kiri kanan jalan terbuat daripada jerami, habis hangus terbakar.[1]

Mereka yang tinggal di rumah dan 'pawagam tempatan' sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Sukarelawan Palang Merah menyatakan 61 kanak-kanak dan wanita turut terbunuh. Ramai kanak-kanak terbunuh kerana berkerumun melihat-lihat lori tangki yang terbalik. Paip minyak dipecahkan oleh penduduk yang hendak mencuri . Misi PBB di Congo (MONUSCO) menyatakan mangsa kebakaran diangkut dengan helikopter ke dua hospital di Bukavu di utara dan Uvira di selatan. 105 orang yang cedera masih dirawat di hospital dengan pakaian masih melekit-lekit di badan. 50,000 penduduk di situ berada dalam keadaan trauma.

Jean-Claude Kibala selaku Gabenor Sud-Kivu menyatakan mangsa dikebumikan dalam dua kubur besar. Kejadian itu sungguh dahsyat kerana tubuh-tubuh hitam terbakar bergelimpangan di atas jalan raya . Sementara yang masih hidup mengerang kesakitan. Percikan api turut menyebabkan rumah-rumah yang dibuat daripada jerami turut terbakar.

Presiden Demokratik Congo, Joseph Kabila mengumumkan dua hari berkabung selepas 235 mangsa terbunuh terbakar.[2]