Karier Lev_Yashin

Kelab

Semasa beliau bermain bola sepak ketika bekerja sebagai pekerja buruh di kilang tentera di Moscow, beliau telah diperhatikan oleh wakil dari kelab Dynamo Moscow dan mengajak beliau untuk menyertai pasukan belia kelab itu. Penampilan sulung Yashin ialah pada tahun 1950 semasa perlawanan persahabatan, di mana pada ketika itu beliau melakukan banyak kesilapan, antaranya gol hasil dari sepakan penjaga gol lawan. Beliau tidak disenaraikan untuk perlawanan bola sepak di peringkat senior sehingga tahun 1953, namun begitu beliau tetap bersama kelab Dynamo dan sentiasa mencuba untuk disenaraikan dalam pasukan senior. Yashin juga pernah menjadi penjaga gol untuk pasukan hoki ais Dynamo Moscow dalam tahun-tahun awal semasa beliau cuba untuk disenaraikan dalam pasukan senior. Beliau berjaya memenangi Piala Hoki Ais USSR pada tahun 1953.

Yashin hanya menghabiskan karier bola sepak beliau bersama kelab Dynamo Moscow, pada tahun 1950 sehingga tahun 1970, pernah memenangi kejohanan bola sepak USSR sebanyak 5 kali dan Piala USSR sebanyak 3 kali. Alexei Khomich, seorang penjaga gol Soviet merupakan mentor kepada Yashin.

Negara

Pada tahun 1954, Yashin telah dipanggil untuk menyertai pasukan bola sepak USSR dan mengumpul 74 kap[5]. Bersama pasukan kebangsaan, beliau memenangi sukan Olimpik musim panas pada tahun 1956 dan Kejohanan Bola Sepak Eropah 1960. Dalam Piala Dunia FIFA 1958 di Sweden, Yashin menunjukkan prestasi cemerlang apabila membantu pasukan Soviet Union mara ke suku akhir. Di dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukan Brazil, walaupun pasukan Soviet tewas 2-0 tetapi prestasi cemerlang Yashin mengelakkan pasukannya dari dibolosi sebanyak mungkin[6]. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan bintang FIFA dalam Piala Dunia tersebut. Pada tahun 1962, walaupun beliau mengalami kecederaan pada otak sebanyak 2 kali semasa kejohanan Piala Dunia FIFA 1962, beliau sekali lagi mengetuai pasukannya mara ke peringkat suku akhir, sebelum tewas kepada pasukan tuan rumah Chile[7]. Kejohanan itu menyaksikan Yashin membuat kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Dalam perlawanan menentang pasukan Colombia, semasa pasukan Soviet Union mendahului dengan jaringan 4-1, beliau dibolosi dengan jaringan mudah, antaranya ialah jaringan terus dari sepakan penjuru yang diambil oleh Marcos Coll (satu-satunya gol yang datang hasil dari sepakan terus dari sepakan penjuru dalam sejarah penganjuran Piala Dunia FIFA). Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan seri 4-4, membuatkan media dari Perancis, l'Equipe meramalkan bahawa ini merupakan penamat karier Yashin[8]. Namun begitu, beliau kembali memenangi Ballon d'Or dalam tahun berikutnya dan mengetuai pasukan Soviet dalam Piala Dunia FIFA 1966, menunjukkan prestasi cemerlang dan mengakhiri kejohanan itu dengan mendapat tempat keempat. Dalam Piala Dunia FIFA 1970 pula, pada awalnya beliau hanya memberi kata-kata semangat kepada rakan pasukannya, namun begitu beliau turut menyertai rakan pasukannya berjuang dalam kejohanan ini dan dipilih sebagai penjaga gol ketiga serta pembantu jurulatih. Pasukan Soviet sekali lagi mara ke peringkat suku akhir dan Yashin diberi kredit atas 4 perlawanan tidak dibolosi gol daripada 12 perlawanan yang beliau sertai sepanjang kejohanan tersebut.

Salah satu daripada perlawanan hasil dari prestasi cemerlang Yashin ialah pada tahun 1963, semasa perlawanan menyambut ulangtahun ke-100 Persatuan Bola Sepak England, beliau mewakili Pasukan Pilihan Dunia XI menentang pasukan England di Stadium Wembley. Dalam perlawanan tersebut, beliau banyak menyelamatkan bola dari dimasuk ke dalam pintu gol dan kebanyakkan daripada aksi beliau dianggap mustahil untuk dilakukan. Beliau diberi gelaran Black Spider (labah-labah hitam) kerana beliau selalunya memakai jersi serba hitam dan seolah-olah beliau mempunyai 8 tangan seperti labah-labah untuk menyelamatkan bola dari dimasuk ke dalam pintu gol. Pada tahun 1971, beliau bermain dalam perlawanan terakhir beliau untuk kelab Dynamo Moscow.

Yashin merupakan satu-satunya penjaga gol yang memenangi pemain bola sepak terbaik Eropah tahunan, di mana beliau merangkulnya pada tahun 1963[2]. Beliau juga menyelamatkan 151 sepakan penalti, jauh lebih banyak daripada mana-mana penjaga gol dalam sejarah dan tidak dibolosi sebanyak lebih 270 perlawanan[3][9]. Apabila ditanya apakah rahsia disebalik prestasi cemerlang sebagai seorang penjaga gol, beliau meberitahu bahawa rahsianya adalah to have a smoke to calm your nerves, then toss back a strong drink to tone your muscles[9].


Rujukan

WikiPedia: Lev_Yashin http://www.britannica.com/eb/article-9077855/Lev-I... http://www.fifa.com/classicfootball/players/player... http://rsssf.com/miscellaneous/yashin-intl.html http://www.rsssf.com/miscellaneous/iffhs-century.h... http://russiateam.com/legends/yashin.html http://en.euro2008.uefa.com/history/season=1960/hi... http://goalkeepinggreats.webs.com/levyashin.htm http://www.rusteam.permian.ru/players/yashin.html http://news.bbc.co.uk/sport3/worldcup2002/hi/team_... http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-...