Lidah_bercabang
Lidah_bercabang

Lidah_bercabang

Lidah bercabang merupakan lidah yang terbelah kepada dua cabang di hujungnya. Ciri ini amat banyak ditemui pada kebanyakan spesies reptilia. Reptilia menghidu dengan hujung lidahnya, dan lidah yang bercabang membolehkannya untuk forked tongue allows them to sense from which direction a smell is coming. Mengesan dari kedua-dua belah kepala dan mengikut jejak berasaskan petunjuk kimia dinamakan tropotaksis.[1] Tidak pasti sama ada reptilia berlidah bercabang boleh benar-benar mengikut jejak ataupun ini sekadar andaian.[2][3][4]Lidah bercabang telah berevolusi dalam reptilia Squamata (biawak dan ular) atas pelbagai tujuan. Kelebihan berlidah bercabang adalah lebih luasnya keluasan yang boleh dikesan bahan kimia serta kemungkinan tropotaksis.[5] Lidah dijelirkan dari mulut untuk mencium bahan kimia di sekitar untuk mengesan bahan kimia tak mudah meruap yang tidak boleh dikesan dengan sekadar menggunakan sistem penghiduan.[6][7][8] Tingkatan keupayaan untuk mengesan bahan kimia ini meningkatkan keupayaan untuk mengesan mangsa, mengenali saudara, memilih pasangan, mencari tempat perlindungan, mengikut jejak dsb.[9]Lidah bercabang juga merupakan simpulan bahasa Melayu untuk menyifatkan seseorang yang tidak boleh dipercayai kata-katanya.[10]