Penyingkiran Liga_FAM_Malaysia

Biasanya, pasukan di dalam liga ini tidak disingkirkan, tetapi jika sebuah pasukan mempunyai sebuah rekod buruk, mereka akan digantikan oleh sebuah pasukan daripada liga-liga negeri.Sekiranya sebuah pasukan ini disingkirkan, secara automatik mereka akan disingkirkan ke liga-liga negeri di mana mereka akan diletakkan di kawasan liga Divisyen 1 dimana pasukan mereka berasal dan digantikan oleh sebuah pasukan di dalam salah satu daripada liga-liga negeri tersebut.

Namun begitu ada juga kelab-kelab atau persatuan-persatuan yang baru atau lama ditubuhkan, tidak kira pasukan tersebut memenangi kejohanan di peringkat negeri atau tidak, jika pasukan-pasukan tersebut mempunyai dana yang cukup untuk memasuki liga ini, mereka boleh terus menyertainya.